Saturday, 7 April 2012

Balik Pulau Yang Tercinta (4)



Orang-orang kampung di BALIK PULAU.... Ada duit ka nak beli rumah ni??? Dah hampir siap sepenuhnya dah tu kan???? Jom la pakat-pakat beli...

Tidakkah kita sedar bahawa pembinaan perumahan mewah yang semakin lama semakin berkembang di Balik Pulau ni sebenarnya adalah rancangan jahat DAP untuk sedikit demi sedikit menghalau orang-orang kampung di Balik Pulau??? Tak kira lah Melayu, Cina atau India itu sendiri.. DAP bukan peduli nasib orang-orang yang miskin.. Yang penting pada mereka hanyalah KEUNTUNGAN yang akan mereka kaut!!!

Friday, 6 April 2012

Balik Pulau Yang Tercinta (3)




Di posting sebelum ini saya ada sertakan beberapa keping gambar di sebuah perumahan yang sedang dibina di Balik Pulau.. Kali ini saya sertakan satu perumahan mewah yang sudah siap tersedia dan sudah berpenghuni..

Jika dikenang kembali sewaktu pemerintahan Barisan Nasional, setiap perumahan perlu ada perumahan kos rendah dan sedarhana tetapi kini tidak lagi.. Perumahan yang terdapat di dalam gambar di atas adalah perumahan KAMPUNGKU.. yang sudah semestinya ramai yang tahu rata-rata rakyat Balik Pulau tak mampu untuk membeli rumah-rumah di perumahan tersebut.. Perumahan ini terletak di sebelah kiri jalan setelah turun dari Bukit Penara, Balik Pulau..

Thursday, 5 April 2012

Balik Pulau Yang Tercinta (2)

Namun semenjak dua menjak ini banyak perubahan yang berlaku di Balik Pulau... banyak perumahan mewah telah dibawa masuk oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipelopori oleh DAP.. Ahli Parlimen Balik Pulau langsung tidak mengendahkan nasib rakyat Balik Pulau yang rata-ratanya adalah terdiri daripada orang-orang kampung yang hanya mempunyai pendapatan yang sederhana tidak kira kaum Melayu, cina dan India..



Rakyat di Balik Pulau semakin tertindas dengan kehadiran projek perumahan yang hampir mencecah jutaan ringgit dan kebanyakannya adalah lebih daripada setengah juta ringgit.. Tanah-tanah orang kampung dibeli dengan harga yang amat tinggi tetapi rupanya orang-orang kampung telah tertipu dan dibutakan dengan wang ringgit... ADUHAI BANGSAKU....


Wednesday, 4 April 2012

Balik Pulau Yang Tercinta







Kepada sesiapa yang tak mengenali Balik Pulau sudah tentu tertanya-tanya apakah keunikan yang terdapat di tempat ini... Pada pendapat saya yang 100% anak jati Balik Pulau, yang paling menarik di Balik Pulau ini ialah keindahan Balik Pulau itu sendiri, di mana kebanyakan kanpung masih terserlah ke"Melayuan"nya.. dengan rumah2 kampung dan suasana yang menghijau amat memukau pandangan mata..

Pada mereka yang mengenali Balik Pulau pula sudah pasti tidak terlepas dengan keenakan durian Balik Pulau yang amat sedap rasanya hingga terkenal 1 Malaysia.. 

Balik Pulau juga pernah mencatat sejarah hitam apabila diterjah oleh tsunami pada 26 Disember 2004 dan seramai lebih kurang 26 mangsa tsunami yang meninggal dunia pada kejadian tersebut yang berlaku di pantai Pasir Panjang..

Keindahan Balik Pulau amat memukau sesiapa yang mengunjungi kawasan ini kerana banyak khazanah yang terdapat di sini.. Terdapat juga pintu ke dua TAMAN NEGARA PULAU PINANG di Balik Pulau iaitu di Kuala Sungai Pinang.. Pintu ke dua ini akan membawa pelancong yang meminati alam sekitar untuk lebih mengenali paya bakau (mangroove) dengan lebih dekat lagi.. dari paya bakau, pelancong akan dibawa ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot untuk menikmati pemandangan yang lebih cantik.. 

Di Pantai Kerachut terdapat sebuah tasik meromatik yang amat jarang dijumpai di dunia ini, iaitu tasik di mana akan mempertemukan dua jenis air iaitu air sungai (tawar) dan juga air laut (masin) di dalam satu tasik.. kejadian ini akan berlaku setiap kali air laut pasang.. 

Di samping itu terdapat juga pusat penetasan penyu di Pantai Kerachut ini dimana pengunjung yang bertuah akan dapat menyaksikan anak-anak penyu menetas dan bergerak mencari air laut dan memulakan perjalanan hidup mereka di dunia ini..